Archive | July, 2008

Busy-lah

29 Jul

Salam,

Last few weeks was very hectic. A lot of things in my plate and as usual I’m suck at prioritizing things that I need to do. Ya la, everything is urgent, so everything need to do la. Huhu, memang pening jadik aku. :(

Last 2 weeks also, some of my team members was selected to go to Philipines. Actually I was selected at first, but I rejected the offer coz, I dunno, suddenly doesn’t have the feel to go there. So, I let Jasa choose Abg RB instead. However, everyone starts talking, why I wasn’t selected to go there. Hmmm, come on guys, don’t worry, it’s not that I’m not good, it’s just, I’m not in the mood to go there. Ya la, bukan pergi nak main², you got business to do. Lagipun, we’ve got a lot more after this, so I already opt for Indonesia. Insya-Allah, ada rezki, bole pergi. Yeay!

I think that’s all for today. I still owe a lot of unpublish post. So, tengoklah, maybe tomorrow, the day after tomorrow, the day after the day after tomorrow… I publishlah. Happy reading… choweee!!!

MRSM Terendak Silver Jubilee – The Making of Silver Jubilee Dinner (Day 2)

6 Jul

Salam,

Setelah penat di Maktab untuk majlis perasmian, kami pulang dulu ke Ismah untuk membersihkan badan. Aku yg memang blur pasal aturcara hari tu, tak tau plak yg kitorang akan terus ke MITC. So, memang agak kelam kabut la petang tu. Memula nak tumpang sekali kereta Abg Malyoi ker MITC, tapi banyak sangat perkara yang hendak diselesaikan dahulu, aku suruh jer diorang pegi dulu. Well, I’ll drive alone lah ke MITC. So, setelah selesai menguruskan segala yg perlu diuruskan, aku pack baju dinner and

Dalam pukul 3.30 pm (kot!?), aku bertolak ke MITC. Guna the new highway (x sure nama dia), perjalanan dari Sg Udang ke MITC straight jer. So memang memudahkan aku yg fail jalan kat Melaka ni la. Sebelum sampai ke MITC, aku singgah kat 7-Eleven sekejap, beli roti, air and panadol. Kepala pening la sebab x cukup tido, so beli roti and air untuk mengalas perut sebelum makan panadol (betulkan teori ni :P ).

Sampai² kat MITC, nampak macam lengang jer. Yg ada kat bawah tu cuma Abg Is, Abg Adie, Abg Azahadi and Abg Malyoi. So abg Malyoi ajak aku pegi ke Dinner Hall, ooo baru lah aku nampak ramai orang. Hihi. Sampai² kat situ, Abg Azmi, Mulan, Oshie and … (tak ingat nama gitaris tu) tgh rehearsal their ‘show’ utk dinner malam ni. Hihi, bole tahan lah. Memang respeklah you all! Tapi my most respek is to Abg Huzz and Abg Fendi la. Memang macam pro Event Manager lah. This job suits you guys la, patut try to venture this area kot. Yg paling kelakar masa dia sound, “Kak Oya, abijan tu kat depan akak jer, so tak payah cakap pakai mic, bole!”, huhu, kitorang kena marah taw… hahaha.

Disebabkan aku baru sampai and masih blur dengan apa yg aku perlu buat, aku pun trus pegi duduk kat meja tepi pentas. Nampak jer kelibat aku, Kak Shireen tanpa berfikir panjang (haha!) trus menyuruh aku melekatkan lilin atas kad bod. Waduh, mencabar sungguh tugas ku ini. Hihi. Sambil² buat keja sambil borak² ngan orang² yang lalu lalang kat kawasan tu. Paling best sebab duduk dekat ngan emcee malam tu, Kak Oya and Kak Julia, so sempat jugaklah buat lawak seround dua ngan diorang ahaks.

Dalam pukul 5 lebih camtu, Shuk ajak aku pegi Parkson coz dia nak beli baju batik and kasut. Aku pun ok jer la coz aku pun terlupa nak bawak towel, so bole la pegi beli towel sekali kat situ. Lepas abis shopping, Shuk blanjer aku makan Marrybrown, segen plak rasanyer. Tapi he insisted to treat me, so ok jer la. Thanks Shuk!

Sampai balik ker MITC dalam kul 7.00 pm, so bergegas carik bilik mandi. Nasib baik ada bilik mandi kat sebelah auditorium tu. So, redah jer! Mmg macam orang takder rumah lah. Kira ok lah bilik mandi dia, bersih pun bersih, so tak lah terasa teruk sangat. So, lepas siap, trus bergegas lagik ke pintu depan sebab akukan Usherer terbesar malam itu… hihihi… **To be continued…

MRSM Terendak Silver Jubilee – The ‘Perasmian’… (Day 2)

6 Jul

MRSM Terendak Silver Jubilee Committee

Salam,

Second day starts at 7.00 am. Memang ngantuk tak hilang lagi coz tido tak cukup, ye la, gatal nak berkaraoke malam (or should I say pagi) tadi. Padan muka. Tapi the event must go on. Ganbatte! So, dengan berat hati (well, weekends are my hari tidokan), aku menggagahkan diri bersiap² for the event.

Malyoi & Abg Nik @ Ismah

Fyi, utk semua AJK, ada baju F1 yg Oshie design. Memula tu mcm risau gak takut tak muat coz masa sesi ukur-mengukur tu aku tak datang gara² melayan gigiku yg sikit ini. Ini pun tgh tahan sakit, mmg dah prepare lah medication dalam bag tu so kalau apa² jadik telan jer ubat. Huhu. Alhamdulillah, gigi aku pun jadik good boy aritu, so takder la sakit sgt.

So, aritu kak Rina juz choose baju aku based on the size of Abg Fendi. Siap bg remarks lagi, “Abg Fendi punya perut lagi besar dari perut abijan, sure abijan muat punyerlah”, hahaha. . Jgn marah ha abg Fendi :P . Yg paling kelakar, masa kak Rina anta sms pasal size baju tu aku ada kt opis. So menggagau la carik saper ada measuring tape kat dlm opis, nasib baik ada orang yg bawak (kantoi, ada yg buat bisnes tailoring dlm opis… haha). Pastu siap suruh abg Mus tolong ukurkan baju, nasib baik bos takder, kalau tak sure dia ingat kitorang bukak in-house tailor plak kat sini. Hahahaha…

Back to the baju, Alhamdulillah muat, siap practise posing² depan cermin tandas lagi. Bangga plak dapat baju ada logo ANSARA. Yeay. Baju tu memang smart, tapi kain dia agak tebal sikit lah. So, mmg dah bole agak, kalau pakai waktu tengahari nanti sure berpeluh². So, kena pakai extra deodorant ni. Kalau tidak, “bau hasyam, ketiak sapa busyuk… lalalalalala…”

The breakfast at Ismah was simple but nice, nasik goreng and Mee hoon goreng. Sedap jugak. Tapi aku agak kontrol pagi tu, konon² tak mo la tunjuk skill mentekedarah aku pagi² buta kan. Hahaha. Sempat jugaklah berborak ngan Kak Julia yg famous kat forum extdk.net ittew. Tp tak banyak benda yg nak diborakkan, ye la, maybe sebab masing² tgh mamai kot, bangun pagi sangat. Hahaha. So, aktiviti pagi tu more on menatap mee hoon yg sedap ittew. Haha. Apapun melepas nak makan roti bakar coz nak bergegas ker Maktab. Huhuhu.

Pukul 8.00 am lebih, aku ke Maktab with Abg Johoe n Shuk naik keter Abg Johoe. Malas lah nak drive keter aku, nanti byk sgt plak keter kan. Lagi pun, Abg Johoekan tetamu khas, so mcm dpt layanan istimewa skit lah drpd pengakap² kt Maktab tu, siap dapat parking bawah khemah lagi. Sampai² kt Balai Pelajar, Abg Amir dah sound, baju kena tuck-in. Lorrr, malas nyer aku nk tuck-in baju, nanti terserlahlah six-pack aku ni, hahahahaha. So nak tak nak, terpaksalah jugak tuck-in, kang tak pepasal kena tahan depan balai pelajar plak. Huhu. Paling kesian kat Abg Amirlah, dia tak pakai belt plak pagi tu. Takper la Abg Amir, demi sambutan jubli perak, bolekan ajer.

Aktiviti aku pada pagi tu konon²nya macam usherer lah. So, dapatlah sambut cikgu², kawan², senior², junior². Mmg besh lah. Tapi yg tak beshnyer, a very popular remark, “Awak makin besar-lah”, hoho. Jawapan aku senang jer, “Hati makin senang, perut makin besar”, haha. Tapi memang seronok-lah, lagi² bila dapat jumpa dengan cikgu². Actually, kebanyakan cikgu yg aku jumpa semuanya ngelat, konon² ingat nama aku, tapi sebenarnya diorang baca based on nama yg ada kat baju aku, haha, kantoi. Tapi x bole nak salahkan diorang. Ye lar, berapa ramai dah anak² murid diorangkan. So, redha jer la.

Sambil² meng’usher’, Kak shireen memberi tanggungjawab yg baru pada aku, meletupkan confetti yg besar. Memula tu mcm malas jer, sebab nak stay kat dalam dewan tgk perasmian and montaj. Tapi, ikut jer la, lagi pun aku bukannyer ada keja lain. Tapi, there few incidents kat dalam dewan. Memula, Abg Amir terjatuh sebab tersadung wayar kipas. Kesian kat dia, memula nampak macam dia takleh nak bangun, tapi Alhamdulillah, dia ok. And then, tetiba pentas berasap. Bebetul kat sebelah Abg Adie plak tu. Muka Abg Adie nampak macam dah cuak, hihi. Rupa²nya ada masalah teknikal kat belakang pentas. Apalah, kalau nak buat gimmick pun, gunalah cara lain.

So, dengan tanggungjawab yg baru (peletup confetti yg besar), aku terus bergegas ke foyer sains. Masa tu ramai giler student maktab yg bertenggek kat tepi railing kat aras 1 and 2. Rupa² diorang ni akan meletupkan confetti yg kecik² plak. So, I’ll be the one who gives the signal-lah. Tp serius, bengkek jer duduk kat atas tu. Dah ler tak tau apa yg jadi kat bawah. Dapat dengar montaj jer, tapi x dapat tengok. And then, masa persembahan zapin, nampak sikit² jer. Tapi yg paling best bila confetti diletupkan, memang nampak cantik dari atas. Just tak sempat tangkap gambar jer. Huhu.

Abis upacara perasmian, semua peserta dijemput ke tempat makan di depan bengkel KH baru. Masa ni la yg aku rasa cam kera sumbang sikit. Ye la, orang lain sibuk dengan batch-mate masing², tapi aku keseorangan. Tp aku ingatkan aku sorang jer mcm tu, rupa² Abg Malyoi pun sama. Dia pun xder kawan kater nyer, sbb budak batch dia yg datang cuma sorang, budak perempuan. So dia pun ajaklah aku nak pegi anta member dia ke masjid Kem Terendak. Tapi tengah² berjalan di keliling orang yg ramai tu, aku terpandang Nik Izwan, haha, ada jugak budak batch aku rupa nyer. So, sori la abg Malyoi, saya dah jumpa geng. So trus melekat dgn Nik, pegi mana² pun ngan dia. Hahaha. Dia dah lain sekang, dulu kecik jer, sekang ni dah tinggi plak. Katanyer, rahsia dia makan kalsium banyak², so kepada yg rendah² tu, tirulah macam Nik… hihi.

So, pada kesempatan itu jugaklah ku dpt berbual² dgn junior², senior² dan cikgu². Serius best. Ye la peluang camnie bukan dapat selalukan. Tp disebabkan aku leka berbual² tu, aku kena tinggal kat Maktab by AJK² yg lain. Huhu. Ye la, pagi tadi datang maktab tumpang keter abg Johoe, last² rupa²nya semua orang dah balik. Patutlah aku tak nampak kelibat pemuda-pemudi berbaju merah lagi. Huhu. Nasib baik la ada Abg Adie, dia dh sampai kat gate belakang so dia patah balik amik aku. Thanks a bunch abg Adie, kalau tidak nampak gayanya kena jalan kaki ke Ismah la nampaknyer. Wokeh, after this wait for the episode of… The Making of Silver Jubilee Dinner… to be continued…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.